Sunday, February 18, 2018

PUISI : 41. Jangan Mengata

Jangan!
Aku sudah tidak tahan..
Mendengar segala luahan ulas bibirmu..
Yang jelas busuk tiap kali kau buka bicara..

Jangan!
Tak mahu lagi aku mendengarnya..
Sudah serik aku bersembang denganmu..
Bukan kerana bau dari nafasmu..
Tapi kata- kata itu..
Nyata penuh kebusukan..
Tiada satu pun menunjukkan kesucian..
Adapun cuma tertuju untukmu seorang..

Jangan!
Jangan lagi kau mengata..
Menjaja cerita ke mana saja..
Buruknya orang sini sana..
Andai puas tiada dirasa..
Menghasut orang itulah kerjanya..
Menokok tambah tak hanya mereka- reka cerita..
Tidak kau peduli andai ada yang bersengkata..
Asal kau terlihat sempurna tiada cela..

Serik!
Jika ditanya kenapa, ini jawabnya..
Aku serik mengenalimu..
Muka tak ubah berlagak suci..
Walhal punya hati busuk tersembunyi..
Kau kata mereka jelek kelakuannya..
Kini aku mahu bertanya..
Kau pula bagaimana?
Tidak terbit rasa bersalahkah?
Sukakah melontar batu sembunyi tangan?
Bahagiakah menjadi gunting dalam lipatan?
Cubalah tilik kembali akan dirimu..
Usah lagi berjuang mengumpul dosa bertimbun..

Jangan!
Berhentilah mengata..
Sebelum kau terserlah buruknya..
Lagi buruk dari mereka itu semua..
Tidakkah kau yang bakal malu berganda?
Bukan kuberi amaran cuma sebagai pesanan..
Walau ku serik..
Tidak aku mahu kau terus begitu..

Pesanku lagi..
Jangan berhenti mengata yang baik- baik..
Teruskan berhenti mengata yang buruk- buruk..

           MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati

18.02.2018

No comments:

Post a Comment