Friday, February 16, 2018

PUISI : 37. Perhiasan Dunia

Petikan kata menyatakan..
Wanita itu perhiasan dunia..
Dan sebaik- baik perhiasan ialah wanita solehah..

Aku mahu jadi perhiasan terbaik..
Andai dihitung harganya tiada ternilai..
Tapi aku tidak sedar diri..
Malah tak putus berimpian tinggi..
Kata kunci 'wanita solehah' itu perlu diteliti..
Lalu bermuhasabah perhatikan diri sendiri..
Adakah terselit kata kunci itu..
Untuk melayakkan diri di kedudukan tertinggi..

Senyum sinis mula terukir..
Sinis mengejek diri ini..

Rasa hampa mula bertakhta..
Hampa dengan kelakuan diri..

Duhai wanita sekalian..
Aku tahu semua mahu jadi yang terbaik..
Tidak mahu dikatakan bagai kaca..
Jika dibandingkan dengan permata..
Begitu juga aku..

Mahu jadi wanita solehah..
Tapi diri penuh balutan dosa..
Ragu menguasai ruangan hati..
Persoalan sama pula tak lekang bertamu..
Dibisiknya, "Mampukah aku?"..

Perhiasan dunia..
Gelaran itu layak untuk semua..
Cuma satu syaratnya..
Jika kelam masa silam..
Gilaplah supaya terang..
Jika sudah terang sejarahnya..
Jagalah agar tidak malap akhirnya..
Tidak salah berangan tinggi..
Asal usaha, tak hanya bersahaja..
Doa pula tak putus mengharap ehsanNya..
Pasti saja kita mampu perbaiki diri..
Walau bergelar solehah itu jauh sekali..

          MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati

16.02.2018

No comments:

Post a Comment