Bukan kupinta untuk disanjungi..
Cukuplah sekadar dikasihi..
Bukan kupinta untuk dipuji..
Cukuplah sekadar tidak dicaci..
Namun aku lupa..
Siapalah aku ini?
Mengharap kasih dari yang tak sudi..
Mengharap diri suci dari segala caci..
Sedang kasih jauh dari gapaian..
Diri pula sering dijadikan tohmahan..
Ahhh!
Perit hatiku untuk menerima..
Begitu hinakah aku di mata mereka?
Tiap yang kulaku ibarat debu..
Tiada nilai bahkan dihapus pergi..
Bersikap elok tiada dihargai..
Berbuat silap terus disumpahi..
Aku mula rapuh..
Kepada siapa mahu berkongsi kasih..
Sedang kasihku dipandang sepi..
Yang datang kepadaku..
Sering saja pergi membawa diri..
Yang ada di sisi..
Tidak sekali menganggap aku punya hati..
Mungkin inilah nasib diri..
Sering menyendiri bertemankan sepi..
Kata- kata mereka..
Masih jelas terasa..
Terasa umpama belati tajam..
Tajam menikam jiwa langsung parah terluka..
Luka yang dirasa sukar dirawat..
Baru sahaja membaik..
Kelukaan datang lagi..
Tidak sekali tapi berkali- kali..
Bagaimana aku tidak rapuh jika terus
begini?
Andai saja..
Iman tiada dijiwa..
Tentunya akulah manusia paling berdosa..
Memikirkan diri tiada guna..
Buat apa terus hidup terseksa..
Rapuhnya aku hingga larut dalam emosi..
Bisikan jahat mula menguasai..
Namun kerana Dialah Yang Maha Mengasihi..
Aku terus gagahkan diri..
Muhasabah dan fikirkan hikmah yang
tersembunyi..
Istighfar jadi penguat diri..
Dari terus lumpuh mencari redha Ilahi..
Biarkan saja..
Aku kerapuhan berharap kasih insan..
Asalkan tidak..
Aku kerapuhan berdepan ujian Tuhan..
MekNina
#SiPengayatSukahati
#SiPencontengSukahati
*Siapa kata berdepan ujian itu mudah? Kerana diriku tahu adakalanya jiwa insan itu mudah rapuh. Setinggi mana dan sekuat mana tembok kesabaran cuba dibina, akan ada saat datangnya keruntuhan pada tembok itu. Terkadang rapuh untuk terus bertahan bukan kerana kehendak diri sendiri tapi keadaan yang memaksa jadi begini.
13.02.2018
No comments:
Post a Comment