Situasi sebelumnya..
"Nanti cuba lagi!"
"Usaha terbaik pula kemudian nanti!"
Itulah komen saat itu..
Melihatkan hasil yang dapat..
Terasa mahu berubah cepat..
Tak mahu lagi leka..
Biar lebih baik dari sebelumnya..
Itu kata- kata waktu itu..
Situasi semasa..
"Nanti- nantilah dulu."
"Biarkan, masa masih panjang."
Berlawanan pula dari sebelumnya..
Tidak lagi terdesak dan gawat..
Tengoklah, ia terjadi lagi..
Kembali terjadi seperti yang dulu..
Asyik bertangguh melaksanakan sesuatu..
Main- main saja sepanjang masa..
Namun harapan adalah mahu berjaya..
Rupanya serik itu belum tiba..
Tiap- tiap kali pasti begitu juga..
Masa pantas berlalu..
Situasi selepasnya..
"Mengapa begini lagi?"
"Menyesalnya tak bersungguh sepenuh hati."
"Nanti usaha lagi!"
Itulah dia..
Terjadi lagi dan lagi..
Serik yang hanya sementara..
Perubahan pula untuk seketika..
Itulah segolongan manusia..
Selalu bertangguh di awal waktu..
Kalut sungguh di akhir waktu..
Ke 'laut' pula segala hasilnya..
Menyesal pun tiada guna..
Andai usaha sekadar biasa- biasa..
Usah berputus asa..
Usahalah sebaik- baiknya..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
<3 <3 <3 Tangguh buat kerja? Suka buat last minute punya kerja.. Saya la tu.. Selalu begitu.. Setiap semester, setiap tahun macam sama je.. Cuma takde la last minute sangat.. Kalau bernasib baik, hasil kerja tu baik la.. Kalau tak, teruk pekdahnya.. Betapa rendahnya tahap disiplin dan tingginya tahap kemalasan MekNina.. Moga- moga sikap begini bakal terhapus dalam diri.. Huhuhu..
25.02.2018
No comments:
Post a Comment