Cantik itu jadi perhatian..
Tampak menarik indah dipandangan..
Benarlah..
Yang elok jadi rebutan..
Yang buruk jadi hinaan..
Yang sempurna jadi pujaan..
Yang sebaliknya jauh ketinggalan..
Andai begitu..
Beruntungnya kelompok itu..
Kerana penilaian fizikal semata..
Perhatian diberi padanya..
Kerana dia menawan..
Ramai yang tertawan..
Kerana dia jutawan..
Ramai yang mahu berkawan..
Tidakkah kesian?
Mereka yang disisihkan..
Kerana rupa yang kurang..
Penampilan serba sederhana..
Harta pula tiada..
Lantas dianggap memalukan..
Sedang diri kau itu yang memalukan..
Bersikap tak ubah tiada ilmu pengetahuan..
Ajaran agama sewenangnya dilupakan..
Pilih bulu dalam mencari teman..
Mendabik dada kerana kebendaan..
Angkuh dengan segala kesempurnaan..
Andai penilaian dalaman terlaksana..
Kaulah orang yang pertama..
Kecundang antara mereka semua..
Kerana dalamanmu hitam warnanya..
Tak mampu menandingi kesucian dalaman
mereka..
Sudahlah..
Usah dinilai fizikal semata..
Jika nurani dianggap remeh sahaja..
MekNina
#SiPengayatSukahati
#SiPencontengSukahati
*Jangan sekadar melihat kesempurnaan luaran kerana luaran itu belum tentu memberikan kebaikan.. Biarlah telus dalam membuat pilihan.. Tidak mengapa luaran serba kekurangan andai dalaman itu punya banyak kebaikan yang terpendam..
13.02.2018
No comments:
Post a Comment