Hai anak remaja..
Usah terlalu mengikut darah muda..
Andai diturutkan jua..
Takut- takut binasa di akhirnya..
Bukan diriku tidak tahu..
Kerana aku juga berada di tahap itu..
Di kala jiwa sering saja dihambat rasa..
Rasa mahu berhibur semata..
Bahaya bakal menimpa hai anak muda..
Andai tidak bijak kau mengawal rasa..
Dek gelora yang ingin mencuba segala..
Dosa pahala dianggap sama tiada beza..
Tak mustahil lembah hina tempatnya..
Tempat kau terjerumus angkara nafsu durjana..
Demi keseronokan yang sementara cuma..
Masih mentah!
Itulah dirimu hai golongan belia..
Bukan sikapmu terlihat masih keanakan..
Sebaliknya pemikiranmu yang masih tidak matang..
Andai saja kau matang membuat keputusan..
Dan peduli pada impak dari tindakanmu..
Pasti kau hidup berpaksikan pedoman..
Bahkan tidak lupa pada suruhan Tuhan..
Dosa dan pahala jadi kawalan..
Amalan baik umpama teman..
Amalan buruk jadi sempadan..
Jangan kerana umpama pucuk muda..
Masih mentah dan hijau warnanya..
Kau beralasan mahu teroka semua benda..
Fikirkan ruang dan masa yang ada..
Kerana daun yang muda itu..
Tetap akan berubah warnanya..
Lalu ia menjadi layu..
Gugur menimpa tanah tidak terkira bila..
Andai sampai saatnya..
Maka gugurlah ia!
MekNina
#SiPengayatSukahati
#SiPencontengSukahati
*Aku juga dari golongan belia.. Dan coretan ini juga untuk diriku.. Kerana aku tulis dari hati berdasarkan apa yang diperhati dan dirasai.. Maka ini pesanan secara tak langsung untuk diri sendiri..
14.02.2018
No comments:
Post a Comment