Tuesday, February 13, 2018

DIARI : 23. KRAFTANGAN - Simpulan Kasih by MekNina


Kerana si teman, idea ini datang. Terima kasih, Ayu!

Sewaktu di alam persekolahan rendah, saya mempunyai kawan yang pandai membuat kraftangan menggunakan tali untuk membentuk huruf dan perkataan. Kalau tak silap, waktu darjah 6, saya dapat  satu hadiah sebegitu daripada dia. HUSNINA. Itulah perkataan yang saya terima memandangkan itulah nama saya. Agak terharu dengan pemberian itu. Saya juga selalu terfikir macam mana nak buat benda ni? Guna benang tali je tapi cantik dan kemas hasilnya.

Saya tak pasti dia ada ajar ke tidak tapi seingatnya tidak. Namun saya berjaya membuat sendiri kraftangan itu. Sudah bertahun sehingga la saya mendapat benang tali kepunyaan adik lelaki, saya cuba buat perkataan – perkataan yang saya nak. Alhamdulillah, menjadi.

Sudah lama saya tinggalkan benda ni. Tapi dalam tempoh cuti semester pertama ini, perkara lama yang ditinggalkan kembali saya lakukan. Sengaja ditunjuk pada si adik. Dia turut tertarik dan meminta saya membuat untuknya satu. Maka, siaplaa satu untuk si AINAA.

Kini, lebih kurang selepas dua minggu gitu, tanpa disangka saya mendapat tempahan daripada kawan- kawan Ainaa. Memang sebelum ni ada niat untuk buka tempahan namun kerana fikirkan benang tali tu tidak mencukupi saya biarkan je dulu. Memandangkan ada juga yang nak, saya usahakan dengan benang- benang yang sedia ada. Kihkihkih.. Ibarat first customer la diorang ni.

“Nak beli benang baru yang cantik- cantik! Huhuhu.. Dah lama nak beli tapi tak beli- beli. Adehhh!”

Sekian saja kisah kraftangan yang diberi nama Simpulan Kasih by MekNina >_<

    N.I.N.A
[13.02.2018]

No comments:

Post a Comment