25.02.2018
Sunday, February 25, 2018
PUISI : 45. Terjadi Lagi
25.02.2018
Saturday, February 24, 2018
PUISI : 44. Sepi Menyendiri
Kenapa kau begini?
Tak keruan dan tidak ketahuan..
Aku cuba memahami kehendak hati..
Apa yang tersembunyi di dasarnya..
Setelah berkira- kira..
Barulah aku terjumpa..
Hati ini sudah pandai merasa..
Mula pandai meminta- minta..
Rupa- rupanya..
Inilah rahsia sebalik sekeping hati..
Sekian lama ia memendam derita..
Tak pernah ku peduli apatah lagi fahami..
Sedangkan..
Hati ini terasa sepi..
Kerana ia masih menyendiri..
Tiada yang menemani..
Saling berkongsi gelora yang merajai..
Ya, benar..
Aku masih menyendiri..
Tak pernah punya kekasih hati..
Bukan tiada kemampuan..
Tapi belum ada keinginan..
Kerana itu..
Aku selesa bersendirian..
Ke mana saja tanpa ikatan..
Solo itulah menjadi gelaran..
Tapi kini..
Hati membelot pada diri..
Mula terasa sepi menyendiri..
Tak bermaya akibat sunyi..
Aduhai..
Sabarlah wahai hati..
Jangan pula kau merajuk nanti..
Ketahuilah olehmu duhai hati..
Sebenarnya aku masih ternanti- nanti..
Bahkan sering tercari- cari..
Siapakah dia yang bakal menghuni..
Menjadi pemilik takhta hati..
Biarlah kelak dikau terisi..
Oleh cinta yang suci..
Anugerah indah dari Ilahi..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
24.02.2018
PUISI : 43. Siapa Dia?
Orang berkata tentang dia..
Dia yang tidak pernah aku bersua..
Apatah lagi tahu segalanya..
Aku hairan..
Kenapa orang terlalu memuja..
Sedang dia juga manusia biasa..
Cuma kerana bertuahnya dia..
Membuatkan dia kelihatan sempurna..
Aku tertanya- tanya..
Begitu hebatkah dia?
Sampai ramai yang mahu mendekatiya..
Begitu banyakkah kelebihan dia?
Hingga tertutup kekurangan yang ada..
Apa yang dipandang oleh semua?
Langsung tak lekang berkata- kata tentang dia..
Aku ingin bersua..
Mahu melihat dengan mata kepala..
Tak mahu cuma mendengar cerita..
Atau sekadar indah khabar dari rupa..
Biar jelas bahkan lagi nyata..
Itulah sebenanrnya dia..
Aku ingin tahu..
Siapakah dia?
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
24.02.2018
Friday, February 23, 2018
PUISI : 42. Dengarilah Aku
Sunday, February 18, 2018
PUISI : 41. Jangan Mengata
Jangan!
Aku sudah tidak tahan..
Mendengar segala luahan ulas bibirmu..
Yang jelas busuk tiap kali kau buka bicara..
Jangan!
Tak mahu lagi aku mendengarnya..
Sudah serik aku bersembang denganmu..
Bukan kerana bau dari nafasmu..
Tapi kata- kata itu..
Nyata penuh kebusukan..
Tiada satu pun menunjukkan kesucian..
Adapun cuma tertuju untukmu seorang..
Jangan!
Jangan lagi kau mengata..
Menjaja cerita ke mana saja..
Buruknya orang sini sana..
Andai puas tiada dirasa..
Menghasut orang itulah kerjanya..
Menokok tambah tak hanya mereka- reka cerita..
Tidak kau peduli andai ada yang bersengkata..
Asal kau terlihat sempurna tiada cela..
Serik!
Jika ditanya kenapa, ini jawabnya..
Aku serik mengenalimu..
Muka tak ubah berlagak suci..
Walhal punya hati busuk tersembunyi..
Kau kata mereka jelek kelakuannya..
Kini aku mahu bertanya..
Kau pula bagaimana?
Tidak terbit rasa bersalahkah?
Sukakah melontar batu sembunyi tangan?
Bahagiakah menjadi gunting dalam lipatan?
Cubalah tilik kembali akan dirimu..
Usah lagi berjuang mengumpul dosa bertimbun..
Jangan!
Berhentilah mengata..
Sebelum kau terserlah buruknya..
Lagi buruk dari mereka itu semua..
Tidakkah kau yang bakal malu berganda?
Bukan kuberi amaran cuma sebagai pesanan..
Walau ku serik..
Tidak aku mahu kau terus begitu..
Pesanku lagi..
Jangan berhenti mengata yang baik- baik..
Teruskan berhenti mengata yang buruk- buruk..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
18.02.2018
Saturday, February 17, 2018
PUISI : 40. Mekar Berkembang
![]() |
By: Nina Z |
Lihatlah keliling kita..
Friday, February 16, 2018
PUISI : 39. Mata Helangnya
Aduh!
Aku sudah terpanah!
Terpanah oleh tatapan dia..
Kala terpandang rautnya..
Kaku pula segala tingkah..
Bukan terpesona pada rupa..
Sebaliknya terhadap sebuah pandangan..
Saat itu..
Walau sedetik cuma..
Tetap sukar menahan debaran..
Tatkala diri menerima panahan..
Panahan mata yang tajam bak helang..
Tidak dibiar cuma..
Lantas pandangan dialihkan bersahaja..
Tidak mahu terus terpanah..
Takut bakal menjadi mangsa..
Dek mata helangnya tajam memikat..
Pasti saja mudah terjerat..
Aduh!
Adakah aku berhalusinasi?
Dirasakan panahan matanya mengekori..
Ke mana saja aku melangkah pergi..
Terasa bagai ada yang memerhati..
Oleh pemilik bening itu..
Atau aku sememangnya sudah terkena..
Terkena panahan cinta melalui pandangan pertama..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
16.02.2018
PUISI : 38. Terbuai Rindu
![]() |
By: Nina Z |
Beradu dalam buaian itu..
Buaian yang penuh perasaan..
Perasaan rindu padamu..
Asyik itu sebenarnya dusta belaka..
Yang ada hanya derita kurasa..
Derita merindu tanpa kau tahu..
Sedangku tahu hakikat yang satu..
Bahawa di fikiranmu tiada aku..
Tak pernah luput kau dari lubuk hati..
Asyik teringat kadang termimpi..
Bukan kupinta akan semua ini..
Hadirnya ia secara alami..
Sekian lama kupendam sendiri..
Masih utuh jadi pujaan hati..
Walau bertahun tetap kau dirindui..
Harapnya bakal terhapus pergi..
Kenapa bayangmu masih menguasai..
Hingga aku hanyut terbuai rindu..
Sedang kita jauh berbatu..
Membuat aku perit sendiri..
Sedar ia hanyalah sia untukku..
Maka kuusaha usir rindu itu pergi..
Walau kenangan datang melayang..
Meski rautmu sering terbayang..
Usah buat aku terbuai lagi..
Sudah lelah aku terhadapmu..
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
PUISI : 37. Perhiasan Dunia
Petikan kata menyatakan..
Wanita itu perhiasan dunia..
Dan sebaik- baik perhiasan ialah wanita solehah..
Aku mahu jadi perhiasan terbaik..
Andai dihitung harganya tiada ternilai..
Tapi aku tidak sedar diri..
Malah tak putus berimpian tinggi..
Kata kunci 'wanita solehah' itu perlu diteliti..
Lalu bermuhasabah perhatikan diri sendiri..
Adakah terselit kata kunci itu..
Untuk melayakkan diri di kedudukan tertinggi..
Senyum sinis mula terukir..
Sinis mengejek diri ini..
Rasa hampa mula bertakhta..
Hampa dengan kelakuan diri..
Duhai wanita sekalian..
Aku tahu semua mahu jadi yang terbaik..
Tidak mahu dikatakan bagai kaca..
Jika dibandingkan dengan permata..
Begitu juga aku..
Mahu jadi wanita solehah..
Tapi diri penuh balutan dosa..
Ragu menguasai ruangan hati..
Persoalan sama pula tak lekang bertamu..
Dibisiknya, "Mampukah aku?"..
Perhiasan dunia..
Gelaran itu layak untuk semua..
Cuma satu syaratnya..
Jika kelam masa silam..
Gilaplah supaya terang..
Jika sudah terang sejarahnya..
Jagalah agar tidak malap akhirnya..
Tidak salah berangan tinggi..
Asal usaha, tak hanya bersahaja..
Doa pula tak putus mengharap ehsanNya..
Pasti saja kita mampu perbaiki diri..
Walau bergelar solehah itu jauh sekali..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
16.02.2018
PUISI : 36. Diusir Pergi
Tiada yang dapat dirasa..
Melainkan sedih tak terkata..
Tatkala diri tak diperlukan lagi..
Sewenang- wenangnya diusir pergi..
Siapalah diri mengharap kasih orang..
Andai saja terus- terusan dibuang..
"Pergi!"
"Usah lagi munculkan diri!"
"Ada baiknya jangan kembali!"
Itulah usiran sering didengari..
Aduhai, bertambah lagi luka di hati..
Diri yang serba kekurangan..
Pantas saja jadi buangan..
Malu kian menebal..
Mahu mengemis kasih suci..
Apakan daya orang membenci..
Yakin kian menghilang..
Mahu berbicara penuh mesra..
Apakan daya nista diterima..
Andai diri tidak berhak dikasihi..
Biarkan aku melangkah pergi dan menyepi..
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
*Sadiskan? Macam takde harga diri bila orang hambat kita pergi.. Padahal kita selalu harap orang sayangkan kita macam dia sayangkan orang lain.. Tapi kita dianggap menyusahkan pula.. Alahai, kesian...
16.02.2018
PUISI : 35. Makna Cinta
Apa itu cinta?
Masih aku tertanya- tanya..
Yang dikata oleh mereka..
Cinta itu lahir dari sebuah rasa..
Tapi apa maknanya?
Apa itu cinta?
Aku masih tidak mengerti..
Mungkin kerana diriku belum alami..
Aku jadi bingung sendiri..
Kata mereka lagi..
Suka, sayang dan cinta punya makna tersendiri..
Buat aku tertanya lagi..
Katakan..
Makna cinta itu apa?
Berkali- kali soalan itu aku kemuka..
Mengharapkan jawapan jelas dan nyata..
Agar keliru terhapus di minda..
Moga tidak tersilap menafsir rasa..
Rasa yang hadir mengganggu jiwa..
Jika ia bukan cinta, jadinya apa?
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
*Hanya yang pernah mengalami tentunya mengerti.. Ye ke? Namun mungkin ada yang cuba menafi atau tersalah erti.. Moga cinta itu bukan sekadar mainan hati dan perasaan sebaliknya anugerah Ilahi Yang Maha Penyayang..
16.02.2018
Thursday, February 15, 2018
PUISI : 34. Masih Mentah
Hai anak remaja..
Usah terlalu mengikut darah muda..
Andai diturutkan jua..
Takut- takut binasa di akhirnya..
Bukan diriku tidak tahu..
Kerana aku juga berada di tahap itu..
Di kala jiwa sering saja dihambat rasa..
Rasa mahu berhibur semata..
Bahaya bakal menimpa hai anak muda..
Andai tidak bijak kau mengawal rasa..
Dek gelora yang ingin mencuba segala..
Dosa pahala dianggap sama tiada beza..
Tak mustahil lembah hina tempatnya..
Tempat kau terjerumus angkara nafsu durjana..
Demi keseronokan yang sementara cuma..
Masih mentah!
Itulah dirimu hai golongan belia..
Bukan sikapmu terlihat masih keanakan..
Sebaliknya pemikiranmu yang masih tidak matang..
Andai saja kau matang membuat keputusan..
Dan peduli pada impak dari tindakanmu..
Pasti kau hidup berpaksikan pedoman..
Bahkan tidak lupa pada suruhan Tuhan..
Dosa dan pahala jadi kawalan..
Amalan baik umpama teman..
Amalan buruk jadi sempadan..
Jangan kerana umpama pucuk muda..
Masih mentah dan hijau warnanya..
Kau beralasan mahu teroka semua benda..
Fikirkan ruang dan masa yang ada..
Kerana daun yang muda itu..
Tetap akan berubah warnanya..
Lalu ia menjadi layu..
Gugur menimpa tanah tidak terkira bila..
Andai sampai saatnya..
Maka gugurlah ia!
MekNina
#SiPengayatSukahati
#SiPencontengSukahati
*Aku juga dari golongan belia.. Dan coretan ini juga untuk diriku.. Kerana aku tulis dari hati berdasarkan apa yang diperhati dan dirasai.. Maka ini pesanan secara tak langsung untuk diri sendiri..
14.02.2018
Tuesday, February 13, 2018
DIARI : 23. KRAFTANGAN - Simpulan Kasih by MekNina
PUISI : 33. Penilaian Fizikal
MekNina
#SiPengayatSukahati
#SiPencontengSukahati
*Jangan sekadar melihat kesempurnaan luaran kerana luaran itu belum tentu memberikan kebaikan.. Biarlah telus dalam membuat pilihan.. Tidak mengapa luaran serba kekurangan andai dalaman itu punya banyak kebaikan yang terpendam..
13.02.2018