Diam!
Hentikan kata- katamu..
Yang jelas hanya itu saja..
Tak pernah berkisar selain darinya..
Tentangmu yang pastinya indah belaka..
Kini..
Aku sudah muak mendengarnya..
Andai termuntah mahu saja aku muntahkan
segala..
Tiap baris kata yang bagai terpahat di
minda..
Dek tak pernah luput kau buka bicara..
Benda yang sama untuk sepanjang masa..
Hingga aku sukar untuk terlupa..
Bagaimana dapat dilupa..
Sedang kau berterusan berkata- kata..
Kencang sungguh!
Tak ubah ibarat kencang dari si angin..
Kau pula dengan luahan ulas bibirmu..
Laju sungguh berkata- kata..
Panjang pula berjela- jela..
Noktah terakhir entah bilakan mahu tiba..
Sayangnya, tentangmu semata- mata..
Dulu..
Akulah pendengar setia..
Mahu menjadi teman suka dan duka..
Kini..
Akulah pendegar setia..
Setia tanpa sebarang rela..
Mahu tahu kenapa?
Diam!
Itu mahuku daripadamu..
Diam dan dengarkan aku..
Kerana diriku pula yang mahu..
Berkongsi segala rasa suka dan dukaku..
Tidak prihatinkah kamu?
Temanmu ini banyak berdiam..
Apa jua perasaan sering dipendam..
Ada berbagai rasa jika diselam..
Namun dirimu sekadar mengambil ringan..
Membiarkanku sendirian kelemasan..
Terkapai- kapai melawan arus perasaan..
Jika tenggelam akulah yang terkorban..
Duhai teman..
Benarkah bagimu aku ini seorang teman..
Atau tak ubah tempat kau lepaskan tekanan..
Setelah itu aku kau biarkan..
Sendirian meniti kehidupan..
Waktu kau aku perlukan..
Kau menghilang tanpa pesanan..
Tiap kali bila berdepan..
Segala tentangku tiada kau kisahkan..
Dengarilah aku..
Dengarkan apa yang mahu kuluahkan..
Kerana terlalu padat..
Sampai hati pun sendat..
Aku menjadi makin sesak..
Sesak dengan pelbagai rasa..
Namun sekadar mampu dipendamkan saja..
Aku menyuruhmu diam..
Bukan kerana marah..
Tapi aku kecewa..
Rasa macam diperguna..
Makin lama makin nyata..
Bila adakalanya kau buat aku terasa..
Oleh segala tingkah dan kata..
Sampai aku hilang sabar dibuatnya..
Andai terusan begini..
Hanya akulah pendengar setiamu..
Namun tak mampukah dikau..
Untuk jadi pendengar setiaku juga?
MekNina
#SiPengayatSukaHati
#SiPencontengSukaHati
* Puisi ini MekNina hasilkan kerana apa
yang saya perhati, ada juga golongan yang lebih pentingkan diri.. Maksud saya
disini, pentingkan diri dalam sebuah perhubungan atau persahabatan.. Ada yang
berkawan namun dia lebih pedulikan diri sendiri.. Segala macam tentang dia, dia
ceritakan.. Sikit- sikit nak citer kat kawan dia.. Tapi masalahnya, tentang si
kawan dia tak pedulikan sangat.. Padahal perkongsian itu datang dari dua hati
bukan sekadar, ‘Kau luah, aku dengar.. Aku nak luah, kau pula tak kisah..’
Haaa, tak elok la gitu.. Cubalah saling berkongsi okey..
23.02.2018